================================================================
APAKAH PENGAWETAN MAKANAN ?
Secara amnya, pengawetan makanan adalah satu proses pemeliharaan yang menangguh masa sesuatu makanan menjadi basi dan tidak sesuai untuk dimakan lagi.
Pengawetan makanan adalah cara yang digunakan untuk membuat makanan memiliki daya simpan yang lama dan mempertahankan sifat-sifat fizik dan kimia makanan.
1. Pembotolan dan Pengetinan
Sebelum dimasukkan ke dalam tin, sesuatu makanan akan direbus atau dimasak dengan suhu yang tinggi untuk membunuh bakteria di dalamnya. Makanan ini kemudian disimpan secara steril dalam tin, botol atau kotak (seperti susu)
Sumber : aguskrisnoblog.wordpress.com
2. Penjerukkan
Menggunakan cuka atau asid yang akan menyebabkan mikroorganisma tidak dapat hidup. Contohnya bawang dan lada. Gula juga boleh digunakan di mana campuran gula akan
menghilangkan air dari buah-buahan mengelakkan pembiakan mikroorganisma.
Contohnya buah pala dan mangga.
Sumber : suziana.blogspot.com
3. Pengeringan
Dalam proses pengeringan, air akan hilang dari makanan dan mikroorganisma akan mati atau
tidak aktif.Contohnya ikan kering, cili kering dan buah-buahan.
Sumber : bisnisukm.com
4. Pengasinan
Merupakan proses tradisional dimana menggunakan garam kasar. Dalam proses ini, garam
akan mengeluarkan kelembapan dan menghalang pembiakan mikroorganisma. Contohnya
ialah telur asin. Sumber : blog-warta.blogspot.com
5. Penyejukbekuan
Proses ini akan menjadikan mikroorganisma tidak aktif pada suhu beku. Pembekuan tidak membunuh bakteria tetapi ia menghentikan aktiviti bakteria yang menyebabkan makanan basi. Ia popular kerana ia tidak mengubah perisa sesebuah makanan kecuali buah-buahan yang akan menjadi kekapasan apabila dibekukan.
Sumber : cloeylolo.blogspot.com
6. Pempasteuran
Proses pemanasan makanan pada suhu tertentu untuk membunuh bakteria. Kemudian diikuti
dengan penyejukkan. Contohnya susu segar, yougurt dan jus. Sumber : siticare.my
Contoh Pengawetan Makanan
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletethank's for your information
ReplyDelete